HELLO, MR PERFECT !

Bila Tangan Mula Menaip....

hummm smlm terasa nak beli novel baru...naseb baek mlm td xde mimpi2..hehe then ari ney search latest novel...jumpe la novel kt bwh ney...HELLO, MR PERFECT! from KakiNovel....cam best je...nty bley la cari..hik3...to all reader yg interested...ade sinopsis kt bwh ney...bce2 la dlu...kot2 cter dye menarik...:DD



HELLO, MR PERFECT ! sinopsis...:))

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai.  Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?






No comments:

Post a Comment

SEGALA YANG TERCORET adalah hak milik ATENZ IZZATI a.k.a. GADIS MERAH JAMBU